Warna-Warni Aidilfitri PI Kg Luak

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2019, PI Kg Luak telah mengadakan hari terbuka dengan tema Warna-Warni Aidilfitri bersempena dengan bulan Syawal. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan pusat internet dengan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan, ceramah dan cabutan bertuah. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri. Para pengunjung dijamukan pelbagai juadah yang menyelerakan. Diharapkan dengan program seperti ini akan mengeratkan hubungan pusat internet dengan komuniti setempat dan mereka dapat menggunakan kemudahan yang ditawarkan di pusat internet dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali